Wednesday 17 September 2014



                              
 

KERAJAAN MELAYU BARU

  • SELANGOR
  • NEGERI SEMBILAN
  • KELANTAN
  • TERENGGANU

 

                                                       SELANGOR

 

Nama Selangor diambil sempena nama Sungai Selangor.
Pada abad ke-15, Selangor berada di bawah taklukan kerajaan melayu Melaka.Daerah yang wujud di Selangor ialah Kuala Selangor, Klang, Jeram, Jugra dan Morib.
Apabila Melaka tewas kepada Portugis dan kesultanannya berpindah ke Johor, Selangor menjadi wilayah taklukan Johor.Sehingga abad ke-18, Selangor kekal di bawah kuasa dan pengaruh Kerajaan Johor.
Pada Mei 1745, Daeng Chelak salah seorang daripada Opu Bugis Lima Bersaudara yang bertapak dan berpengaruh dalam pentadbiran johor pada abad ke-18 telah mangkat.
Daeng Chelak telah meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Haji dan Raja Lumu.
Pengasasan  Kesultanan Selangor berlaku pada tahun 1766, Raja Lumu telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama dengan gelaran Sultan Sallehuddin Riayat Shah.
Untuk mendapatkan kedudukan yang baik memandangkan abangnya, Raja Haji telah menjadi Yamtuan Muda Johor.Raja Lumu dilaporkan telah pergi ke Perak dan memohon penabalannya secara sah daripada Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud telah menabalkan Raja Lumu sebagai Yang Dipertuan Selangor dan turut menganugerahkan nobat serta cap mohor kepada Raja Lumu.